Dalam artikel lepas, kami mengemukakan satu situasi antara Budin dan Hana. Memang kadang-kadang perselisihan faham antara suami isteri berlaku, walau pun dengan alasan yeng remeh. Masalah-masalah seperti tidak sangkut kain pelekat, kopi kurang gula, lupa tutup suis lampu pun boleh jadi punca 'perang' suami isteri. Selain faktor gagal mengawal kemarahan, tidak ada kesabaran, mulut laser, dan lain-lain, kami mahu melihat pula dari sudut lain. Sudut perbezaan antara jantina, seorang lelaki dan seorang wanita.
Ini anugerah Allah. Sengaja Allah jadikan kita berbeza, agar kita mencedok manfaatnya. Dan, Allah minta pula agar kita saling kenal-mengenali. Dalam al-Quran Allah sebutkan bahawa manusia dijadikan dengan lelaki dan wanita ini adalah 'li ta arafu' untuk kenal-mengenal.
Berbalik kepada kisah Budin dan Hana. Budin yang keletihan dari pejabat mengharapkan kerehatan, dengan kopi yang lazat, isteri yang tersenyum dan anak-anak yang ceria. Mindanya mengharapkan kerehatan. Dia mahu rehat dengan membaca surat khabar dan menonton TV. Agar suis fikirannya dapat di'off' dari hal ehwal pejabat. Mindanya mahu dikosongkan dari berfikir tentang 'masalah'. Itu harapannya.
Namun Hana telah lama menunggu kepulangan suami tersayang. Hatinya bagai empangan yang nak pecah. Mahu diceritakan kepada suaminya apa yang bergolak dalam hatinya. Masalahnya di tempat kerja tadi betul-betul membuat emosinya terganggu. Dia mengharap ketenangan dengan kehadiran suaminya yang bukan sahaja mendengar masalahnya, bahkan menyokongnya menghadapi Salmah yang menghantui perasaannya. Nah, bila Budin muncul inilah harapannya untuk merungkai kekusutan emosinya. Lantas, dicurahkan perasaan sedih bercampur geram, pilu berbaur marah; dengan harapan agar suaminya yang tersayang itu mendengar dengan penuh penghayatan.
Hana mengharapkan perhatian. Agar Budin memahami keperitan jiwanya. Agar Budin menghayati 'deritanya' sepanjang hari itu. Itulah ubat yang dapat menyembuhkannya. Dia akan gembira jika Budin menunjukkan minat dan perhatian atas ceritanya. Itu tanda cakna. Dia mahu bercerita sepuas-puasnya. Hingga lega. Jika Budin menyatakan sokongan dan turut menyatakan marahnya terhadap Salmah, itu adalah ubat tambahan yang mempercepatkan kelegaannya.
Hana tidak mengharapkan cadangan penyelesaian. Dia tidak faham kenapa Budin terlalu cepat menyatakan penyelesaian. Baginya itu tanda Budin tidak mahu mendengar luahan perasaannya. Budin tak prihatin dengannya. Budin tak sayang lagi kepadanya.
Budin pula sebenarnya sayangkan Hana. Siapa tak sayang bini, fikir Budin. Bila isterinya menceritakan masalah, dia mendengarnya. Sambil itu, fikirannya ligat berfikir. Baginya, bila masalah diceritakan, cadangan penyelesaian diharapkan. Tak mungkin Hana sekadar bercerita tanpa mengharap 'sumbangannya'. Bagi Budin, sumbangan yang wajar pada masa itu ialah mencadangkan cara untuk menghadapi masalah itu. Bila Hana mula mengulang-ulang perkara yang sama, Budin menganggap itulah masanya dia bersuara. Lantas dengan cekap dia menjelaskan kaedah menyelesaikan masalah itu. Satu per satu. Namun, sebaliknya Hana enggan melayan cadangannya, bahkan menuduh bahawa dia tak lagi sayang kepadanya.
Bagi Budin, bila Hana menceritakan masalah, bermakna Hana mengharapkan pandangannya. Sebagaimana dia dan kawan-kawannya dulu, setiap kali kawannya menceritakan masalah, dia tak akan mensia-siakan. Dia akan memerah otak untuk mencari jalan penyelesaian. Kawannya juga banyak membantunya memberikan pandangan jika dia ada masalah. Baginya setiap orang yang bercakap mesti ada tujuannya.
Tambahan pula, dia amat letih. Fikirannya tak mempu mendengar terlalu banyak masalah. Dia mahu rehat dari mendengar masalah. Baginya masalah adalah untuk diselesaikan, bukan untuk diheboh-hebohkan.
Bagi Hana pula, dia mengharapkan perhatian dari Budin. Dia bercakap kerana mahu meluahkan perasaannya. Jika Budin mendengar dengan penuh perhatian dan sokongan, dia akan lega. Masalahnya sudah hilang dengan cara itu. Dia tidak minta cadangan Budin. Jika dia mahukan cadangan Budin, dia akan nyatakan dengan jelas. Contohnya dia akan berkata: "Abang, apa pendapat abang? Apa yang patut Hana buat?".
Dari sinilah perlu kenal-mengenal. Lelaki perlu memahami bahawa wanita amat perlukan komunikasi untuk meluahkan emosinya. Wanita akan lega jika emosinya dibelai dan disokong. Wanita perlu pula memahami lelaki. Biasanya orang lelaki akan bercakap untuk sesuatu tujuan tertentu. Fikiran lelaki akan ligat memikirkan penyelesaian apabila diceritakan sesuatu masalah. Kelemahan lelaki ialah mereka kadang-kadang cepat terbeban dengan luahan emosi yang berlebihan. Ini kerana lelaki biasanya lebih lambat untuk memproses maklumat dan meluahkan sesuatu yang berunsur emosi.
Sumber: copy paste drp page *I Luv Islam*
~Tenangkanlah hati dalam waktu2 tertentu,kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta...
Selasa, 8 November 2011
Rabu, 12 Oktober 2011
B!L@ c GuMuK DaTe C kURuS...
Khamis, 5 Mei 2011
Lelaki & Kucing Jantan
Just for release tensionn..!!! dont take seriously...
Jika anda mahu MEMAHAMI lelaki, cuba lah baca sampai habis...
Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mengapa?
Sila scroll ke bawah:
1) Kucing jantan suka dibelai. ~ Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke... Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.
2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar ~ Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya. Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.
3) Kucing jantan kuat tidur ~ Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp bilangannya amat sikit). Dan kerana itu,bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.
4) Kucing jantan kuat merayap ~ Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar, kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan ??? TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan . Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan. Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.
5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasik ~ Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu, sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami.
6) Kucing jantan tak suka dipaksa ~ Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur, takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki. Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.
7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity) ~ Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa.Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan .... Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk kan .
8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka ~ Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!
9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling ~ Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", (kalau time ia tak lapar), mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated). Kalu kita kejar, ia akan lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk,lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.
10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina ~ Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia (pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tp first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak ikut perangai kucing la)
** FIKIR-FIKIRKAN LAH YE........ Jangan marah ye org lelaki.... Benda ni nampak cam suka-suka tp ada faktanya juga
Mencari POSITIF bg sesuatu yg NEGATIF

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...
1.utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam,krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.
2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan,krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.
3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar,krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
4. utk pakaian kita yang dah tak muat,krn itu bermakna kita cukup makan.
5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas ,krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.
7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok,krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.
8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja,krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.
9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif,krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.
10. utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...
AND FINALLY ........
"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"
Langgan:
Ulasan (Atom)


